PRIMADONA filem melayu yang menarik perhatian ramai, Erra Fazira telah menepis dakwaan gambar kahwinnya dengan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, telah menjelaskan bahawa khabar tersebut adalah fitnah semata-mata dan sedia untuk memaafkan individu yang menyebarkan berita palsu itu.
Teruskan Membaca“Itu semua fitnah semata-mata. Saya akan memaafkan sesiapa yang menyebarkan perkara itu. Saya mampu tergelak sahaja bila dengar desas-desus itu kerana hanya saya sahaja yang mengenali diri saya sendiri.
“Bertahun lamanya saya meminta suapaya orang berhenti ada-adakan certita (kahwin). Tapi masih lagi tetap ada dan janganlah merepek ya,” kata Erra laporan Utusan.
Timbulnya khabar angin berkaitan perkahwinan Erra dengan ahli politik itu kerana kononnya seorang rakan pelakon berkenaan ternampak gambar perkahwinan Erra dan Faizal ketika berkunjung ke kediaman pelakon jelita itu pada tahun lalu.
Dalam masa yang sama, pelakon berumur 40 tahun itu berharap agar namanya tidak lagi dikaitkan dengan Faizal bagi menghormati ruang kedua-dua belah pihak.
“Saya harap perkara itu tidak diperkatakan lagi. Kita kena hormati ruang dia (politik) dan saya berada di ruang saya (hiburan).
“Saya juga ingin menegaskan bahawa saya masih bergelar ibu tunggal, bukan soal menutup pintu hati akan tetapi belum ada rezeki seruan (jodoh) lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Erra mengesahkan dia masih bergelar ibu tunggal namun sedia menerima sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh.
Sekadar info, Erra dan Engku Emran Engku Zainal Abidin telah berkahwin pada 25 Oktober 2007, dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Engku Aleesya. Pada 17 Februari 2014, mereka disahkan telah bercerai.
Baca juga: