SEBAGAI pencinta haiwan, sudah tentu kita sering berasa gusar untuk meninggalkan haiwan peliharaan di rumah, jadi kita boleh memilih untuk membawa mereka bersiar-siar di luar jika mempunyai kelapangan waktu.
Namun, kita harus tahu bahawa tidak semua kawasan awam membenarkan kemasukan haiwan terutama sekali kedai makanan.
Teruskan MembacaPerkara sebaliknya berlaku menerusi video yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki membawa anjing peliharaannya memasuki kedai makanan yang terangan melarang untuk membawa masuk mana-mana haiwan di premis berkenaan.
Video berdurasi 44 saat tersebut memaparkan seorang lelaki yang sedang duduk berseorangan di meja sedang ditemani oleh anjing peliharaannya yang lengkap bertali pada lehernya.
Perakam video berkenaan menegaskan bahawa lelaki tersebut tidak dibenarkan untuk membawa haiwan tersebut bersamanya ke dalam kedai berkenaan namun tidak mendapat apa-apa respons daripadanya.
Setelah berkali-kali meminta lelaki tersebut untuk tidak membawa masuk anjing berkenaan, perakam video mulai beransur pergi selepas lelaki tersebut tidak memberi apa-apa reaksi daripada amarannya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa berang dengan respons lelaki tersebut yang kelihatan seperti ‘tidak faham bahasa’ dan hanya memilih untuk tetap duduk di tempat makan tersebut tanpa menghiraukan amaran perakam video berkenaan.
“Come on brother, kamu tidak patut bawa haiwan peliharaan macam ini. Tolonglah bertolak ansur. Saya pun pencinta haiwan juga tapi kamu kena tahu di mana boleh dan tidak boleh bawa haiwan peliharaan. Fikirkan juga perasaan orang lain di sana,” komen Sheen Shree.
“Kurang ajar, mana boleh bawa anjing dalam restoran,” kata Lee Chaolan.
“Setakat saya tahu semua binatang termasuk anjing atau kucing tidak dibenarkan dibawa masuk bukan sahaja di pemis restoran tapi shopping mall juga. Antara faktor tidak dibenarkan adalah faktor hygiene (kebersihan),” komen Sinar Ruqyah.
“Kita kena ikut peraturan, kena patuh kalau haiwan peliharaan tidak dibenarkan masuk. Harap lelaki ini faham,” kata Gold Victor.
Oleh itu, sebagai masyarakat kita perlu saling bertolak ansur antara satu sama lain dan menghormati peraturan yang telah ditetapkan, khususnya di kedai makanan.
Ia kerana mereka perlu memikirkan faktor kebersihan makanan tersebut sekiranya haiwan peliharaan dibenarkan masuk tanpa sekatan. — KL Viral
Baca juga: