TERDAPAT sebuah foto tular di media sosial yang mempamerkan seorang bayi yang tidak dikenal pasti jantinanya diletakkan di atas lantai di hadapan rumah.
Bukan itu saja, difahamkan terdapat sekeping nota yang ditinggalkan bersama bayi malang itu meminta tolong untuk menjaga bayi tersebut.
Teruskan MembacaRata-rata warganet di laman X tidak bersetuju dengan tindakan meninggalkan bayi yang baru lahir dalam keadaan tanpa pakaian dan hanya dibalut dengan kain batik serta diletakkan begitu sahaja di atas lantai.
“Terlalu muda untuk perkara seperti ini. Tolonglah rasa bersalah dan bertanggungjawab ye adik…,” kata Zini.
“Dah tahu tak mampu, kenapa buat kan? Nasib baik dia tinggal macam ni, ada sesetengah perempuan pergi buang dalam jamban atau tong sampah,” kata Norreza.
“Saya tak mampu jaga anak tapi saya mampu untuk mengangkang sedap-sedap dengan jantan lepastu tinggal anak macam tu je. Kenhapalah mak kau tak buang je kau masa dulu? Biar tahu rasa macam mana bila orang buat macam ni,” kata Rosli.
“Orang yang dah berkahwin pun ada yang lama nak tunggu dapat anak, tapi yang ada hubungan haram ni siap boleh beranak dan buang macam tu je. Paling-paling letaklah dalam tempat letak bayi ke apa ke,” kata Ashila.
Baca juga: