SEORANG pempengaruh dari Indonesia mendedahkan bahawa anak perempuannya bernama Cana telah dianiaya oleh pengasuhnya sendiri.
Menerusi perkongsian Emy Aghnia di Instagram, dia mendedahkan anaknya telah didera hingga lebam teruk di bahagian mata dan telinga setelah ditinggalkan dua hari bersama pengasuh tersebut.
Teruskan MembacaRakaman CCTV yang tular juga memaparkan tindakan kejam pengasuh tersebut yang dilihat mendera kanak-kanak yang berusia 4 tahun itu.
Kes itu menurut Emy telah dirujuk ke pihak berkuasa dan kini sedang dalam siasatan polis.
“Mohon doa kawan-kawan dan mohon diproses pihak polis Malang, tolong saya minta keadilan seadil-adilnya.
“Perlu diketahui sebelumnya saya tidak memiliki masalah apapun dengan pengasuh,” tulisnya.
Susulan pendedahan itu, tular pula satu video memaparkan influencer berkenaan menyoal pengasuh yang mendera anaknya di dalam kereta sebelum dibawa ke balai polis.
Menurut rakaman berkenaan, pengasuh tersebut telah membuat pengakuan bahawa dia telah mendera anak majikannya hingga cedera parah dalam keadaan teresak-esak.
Emy Aghnia dan suaminya juga di dalam video itu kedengaran tidak dapat menahan sabar dan memarahi pengasuh itu kerana mendera seorang anak kecil yang tidak bersalah.
Walaubagaimanapun, kes ini sedang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Polis Malang dan ibu bapa mangsa berharap anaknya mendapat keadilan yang sewajarnya atas apa yang berlaku.
Baca juga: