Gelagat dua wanita yang dipercayai berbalah di hadapan anggota polis telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.
Berdasarkan rakaman itu, kelihatan dua wanita bergaduh mulut, sementara seorang wanita lagi cuba untuk meleraikan pergaduhan berkenaan.
Teruskan MembacaInsiden yang dikatakan berlaku di Kuala Lumpur itu turut menunjukkan beberapa individu lelaki berada di sekitar kawasan terbabit. Malah kedengaran ada suara lelaki yang mengatakan; “Polis ada, apa buat ini.”
Video berkenaan yang dimuat naik oleh pemilik akaun X, Malaysia Most Viral dengan kenyataan; “Ingatkan kat New Delhi, rupanya dekat KL. Dia yang buat salah namun mahu salahkan polis.”
Meskipun punca bergaduhan itu tidak jelas, kedua-dua wanita terbabit dilihat meninggalkan kawasan tersebut sebaik sahaja muncul seorang anggota polis.
“Aku tidak kisah kalian nak bergaduh atau apa kerana ia hal masing-masing, cuma jangan libatkan orang lain yang tidak bersalah,” kata Zaidatul Izuan.
“Bagi dia duduk lokap satu malamlah,” komen Ragsbonesthugz.
“Kalau polis berkasar nanti dituduh polis pula menindas,” kata Boy19. — KL Viral
Baca juga: