DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat tindakan menyita dan kompaun aktiviti perniagaan yang dikelola oleh warga asing di sekitar Alam Damai, Bukit Cheras, Lake Fields dan Sungai Besi pada Khamis.
Menerusi Jabatan Penguatkuasaan Pejabat Cawangan Parlimen Bandar Tun Razak dan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan, sebanyak tujuh tindakan sita peralatan dan barangan perniagaan yang dikendalikan warga asing.
Teruskan MembacaTerdapat 54 barangan dan peralatan yang disita, antaranya tong gas, baju, rak roti dan motosikal.
“Perniagaan yang dikendalikan warga asing ini termasuk premis kedai runcit, makanan dan peniaga.
“DBKL turut mengeluarkan empat notis kompaun kepada pemilik premis yang menggajikan warga asing tanpa kebenaran dan premis yang beroperasi tanpa lesen dibawah kesalahan UUK Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016,” kata dalam kenyataan DBKL.
Kesemua barangan dan peralatan yang disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL Taman Miharja, Cheras untuk tindakan lanjut. — KL Viral
Baca juga: