DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur akan melaksanakan laluan kontra di sebahagian laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban bermula hari Rabu pada pukul 6 hingga 9 pagi.
Laluan kontra ialah satu laluan sementara khas yang dibuka dengan mengambil alih lorong bersebelahan pada haluan bertentangan jalan raya untuk meredakan kesesakan lalu lintas.
Teruskan MembacaNotis tersebut dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Pengangkutan Bandar DBKL, Sugumaran S. Shanmugam pada Selasa.
Menjengah pada ruangan komen, kebanyakan warganet masih tidak berpuas hati dengan pemberitahuan tersebut yang dikatakan tidak akan membantu dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas di sana.
“Tidak membantu langsung kerana kesesakan berlaku di dua-dua hala jalan tersebut, kembalilah sahaja kepada laluan yang normal,” komen Salmah Abdul Rahman.
“Cara sebegini tidak efektif kerana trafik dari Lebuhraya Kuala Lumpur ke Seremban kerana dua-dua hala kekal sesak,” komen Jeffery Lim.
“Kalau tak setengah jam sahaja boleh sampai office, ini baru satu jam sampai disini. DBKL tolonglah fikirkan jalan penyelesaian yang lain,” kata Siti Khairati.
Membalas kepada komen yang membidas pengumuman tersebut, DBKL mengeluarkan kenyataan mengatakan sekiranya terdapat bantahan, mereka boleh menghubungi talian DBKL pada nombor telefon 03-202822980 atau e-mel kepada [email protected].
Baca juga: