Terkini

Lebih 500 bakul makanan diberi kepada warga kerja DBKL

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melangsungkan Majlis Pemberian Infaq Ramadan buat warga kerja DBKL pada Isnin di Institut Latihan DBKL.

Sebanyak 500 unit bakul makanan berisi keperluan makanan asas telah diagihkan kepada warga kerja menerusi Inisiatif Ihsan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Ini menunjukkan bahawa DBKL sentiasa cakna dengan menitikberatkan hal ehwal kebajikan warga kerja DBKL dengan pemberian infaq ini.

Dalam pada itu, DBKL juga telah menerima Pensijilan MS 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti-Bribery untuk Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan oleh pihak SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Pada majlis yang sama, Pengarah Jabatan Integriti, Kamarulzaman Ahmad telah menyerahkan sijil tersebut kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh.

Terdahulu, SIRIM QAS International Sdn Bhd. telah mengadakan pengauditan peringkat kedua MS 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah / Anti-Bribery Management Systems (ABMS) di DBKL pada 1 hingga 4 Ogos lalu. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top