DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita dua penjaja warga asing dan pindah sepuluh gerai yang menghalang tempat awam di sekitar Jalan Setiawangsa dan Seksyen 10 Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada pukul 9 malam hari Isnin.
Menerusi kenyataan di Facebook DBKL, tindakan penguatkuasaan tersebut melibatkan premis peniaga gerai makanan, minuman dan penjaja trak makanan yang menjalankan perniagaan tanpa lesen.
Teruskan MembacaTindakan pindah halangan dibuat atas dua penjaja warga asing dari Indonesia yang mengganggu laluan jalan, siar kaki, petak parkir dan laluan awam termasuk dua trak makanan.
Antara barangan yang dikenakan tindakan sita termasuk kerusi, bangku, meja, gerai beroda, tong gas dan kanopi.
Kesemua barangan yang disita telah dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk tujuan rekod, penyimpanan dan proses tuntutan.
Tindakan penguatkuasaan berkenaan dilakukan menerusi kesalahan dibawah Seksyen 46 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (WPKL) 2016. — KL Viral
Baca juga: