MALAM Gala Youth Empowerment Foundation Malaysia (YEF MSIA) telah diadakan dalam memberdayakan anak-anak muda kurang bernasib baik dari kecil hingga mereka dapat berdikari sendiri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, peranan yang dimainkan oleh YEF MASIA adalah satu usaha yang wajar diberikan pujian.
Teruskan Membaca“YEF MSIA telah memberi peluang kepada penerusan pendidikan berkualiti buat mereka yang memerlukan, serta bertindak sebagai penjaga kepada mereka yang tidak mempunyai waris, sehingga mereka menamatkan pelajaran dan mampu berdikari dalam kehidupan.
“Saya titip pesanan buat anak-anak pelatih dalam ucapan saya, iaitu, tiada seorang pun yang bermula dengan kesemua kelengkapan yang diperlukan untuk berjaya, namun aset yang paling berharga dalam diri kita adalah keyakinan diri, serta faktor utama adalah perlu bermula dengan diri kita sendiri,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Justeru, beliau berharap semoga YEF MSIA dapat terus memainkan peranan untuk memberdayakan anak-anak muda yang kurang bernasib baik ini sehingga berjaya dan akhirnya anak-anak ini akan turut menyumbang bakti semula kepada komuniti.
Baca juga: