Seramai 600 orang mualaf Komples Darul Hidayah (KDH) menerima sumbangan tunai daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk memupuk semangat ukhwah dalam kalangan saudara baru dan memberi sokongan moral buat para mualaf yang baru pertama kali menjalani ibadah puasa.
Selain sokongan moral, sumbangan ini turut diberi bagi meringankan beban golongan mualaf yang kurang berkemampuan, keseorangan akibat terhalang hubungan kekeluargaan dan menempuhi cabaran dari segi emosi, fizikal dan kewangan selama menjalani ibadah puasa.
Teruskan MembacaNilai keseluruhan sumbangan tersebut berjumlah RM240,000 dan sumbangan ini disalurkan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan dan Aidilfitri Kepada Mualaf Wilayah Persekutuan 2024 di Dewan Saidina Abu Bakar KDH, Jalan Sentul, Kuala Lumpur.
Majlis telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Sahirman bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, CKSB, BPD, JAWI.
Majlis ini diusahakan oleh JAWI menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru (CKSB), Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Dalam pada itu, CKSB akan terus menyantuni para mualaf di KDH ini dengan melaksanakan pelbagai pengisian sepanjang bulan Ramadan.
Antara pengisiannya termasuk Majlis Tadarus al-Quran, solat tarawih, ceramah dan tazkirah, iftar jamaie, sumbangan Aidilfitri dari NGO dan JAWI Food Bank (JFB). — KL Viral
Baca juga: