Kalau korang perasan, kerajaan bakal ketatkan larangan pembelian RON95 untuk kenderaan bernombor pendaftaran asing mulai 1 April 2026. Peraturan ni diumumkan oleh Datuk Armizan Mohd Ali semasa sesi Dewan Rakyat baru-baru ni.
Teruskan MembacaSebelum ni, larangan cuma fokus pada pengusaha stesen minyak. Sekarang, pemilik atau pemandu kenderaan asing pun boleh dikenakan tindakan undang-undang kalau cuba beli RON95 bersubsidi.
KPDN tengah jalankan libat urus dengan JPJ dan agensi sempadan untuk pastikan prosedur penguatkuasaan berjalan lancar. Beberapa langkah yang bakal diambil termasuk:
- Pemeriksaan berkala di stesen minyak
- Larangan jual RON95 kepada kenderaan asing
- Kawalan pembelian luar tangki
- Pemantauan transaksi guna kad armada (fleet card)
Kes pembelian RON95 oleh kenderaan asing naik mendadak dari 5 kes pada 2023 ke 34 kes pada 2025, dengan nilai rampasan RM40,993.
Beliau berkata pengalaman sebelum ini dengan subsidi diesel tunjukkan trend penurunan ketirisan bila penguatkuasaan konsisten. Jadi kerajaan akan terus aktif dengan operasi bersepadu dan program KITA GEMPUR untuk pastikan subsidi sampai kepada yang sepatutnya.
Kalau korang guna kenderaan asing, jangan cuba-cuba beli RON95 subsidi, nanti boleh kena tindakan!
















