JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadan Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran di Masjid As-Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur pada Sabtu dihadiri oleh 70 asnaf OKU pendengaran.
Antara aktiviti program tersebut termasuk sesi ceramah oleh Penceramah jemputan, Sahri Usman yang menyampaikan ceramah bertajuk ‘Mendidik Nafsu di Bulan Ramadan’.
Teruskan MembacaSesi ceramah tersebut turut dibantu oleh dua orang jurubahasa isyarat sebagai pemudah cara kepada peserta yang menghadiri program tersebut.
Selepas ceramah, majlis tersebut diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kecemerlangan kepada peserta Kelas Bimbingan Al-Quran dan Fardu Ain OKU Pendengaran pada sesi 2023 yang lalu atas semangat mereka dalam menuntut ilmu.
Para peserta turut menerima sumbangan daripada JAWI Food Bank yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwan, Sharidah Zainal Abidin.
Program tersebut merupakan hasil kerjasama daripada Unit Orang Kurang Upaya (OKU) JAWI, ahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama JAWI Food Bank, Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) dan Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD). — KL Viral
Baca juga: