UCAPAN berunsur sinis bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir berkenaan harapannya terhadap bangsa Eropah meneruskan gaya hidup Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) agar bangsa mereka pupus suatu hari nanti.
Dr Mahathir berkata demikian dan menasihati hadirin yang hadir dalam perbincangan meja bulat mengenai peranan wanita Islam di Malaysia bahawa berhati-hati apabila mencontohi bangsa Eropah.
Teruskan Membaca“Sebab itu kita dapati di Eropah umpamanya, apa salahnya kalau wanita membuat apa yang lelaki boleh buat walaupun tak baik. Jadi itu pendapat mereka, perlu ada persamaan. Dan sekarang ni kita dapati di Eropah lelaki boleh kahwin dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan.
“Saya harap mereka akan teruskan fahaman ini, kerana apabila mereka amalkan LGBT ini mereka tak mungkin dapat anak, jadi lama kelamaan bangsa mereka akan hilang.
“Sebab itu kita harus berhati-hati. Walau kita kejar persamaan, kita bezakan pendapat mereka dengan pendapat kita. Kita di Malaysia ini kita tuntut persamaan tapi ada hadnya.
“Kita kekalkan nilai moral kita. Kita tak dijadikan sedemikian sehingga kita samakan lelaki dengan perempuan ke tahap yang terdapat di Eropah,” kata Mahathir dalam ucapan penutupnya pada majlis bertajuk ‘Masa depan umat Islam di Malaysia: Peranan wanita antara tuntutan dan kewaspadaan’.
Difahamkan, program tersebut telah berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya dan melibatkan pemimpin wanita Islam, aktivis dan ahli akademik.
Baca juga: