PEMPENGARUH, Jofliam membuka pekung di dada baru-baru ini selepas memuat naik Instagram (IG) Story mengenai dakwaan berkaitan perkahwinannya bersama isteri, Cik Epal.
Jofliam, atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar menjelaskan bahawa syak wasangka isterinya terhadap dirinya yang dikatakan menjalinkan hubungan sulit bersama pekerja Pizza Wagyu Jofliam (PWJ) yang diberi nama Demi adalah tidak benar.
Teruskan Membaca“Isu pertama adalah isu komisen kad kredit yang saya beri kepada Dewi kerana saya mengarahkannya untuk membayar pembelian tiket penerbangan team PWJ ke Jepun.
“Saya difahamkan Dewi berasa kurang senang dengan tindakan tersebut kerana dia menggunakan kad kredit milik ibunya, maka Dewi hanya bermasam muka sepanjang perjalanan team kami di Jepun.
“Oleh itu, saya memberi wang komisen sebanyak RM2,000 untuk menebus semula rasa bersalah saya selepas lewat membayar semula wang berkenaan dan difahamkan wujud salah faham bahawa kad kredit tersebut adalah miliknya dan bukan ibunya,” katanya dalam kapsyen IG Story tersebut.
Disebabkan dia memberi wang lebih RM2,000 kepada Dewi, Cik Epal mulai merasa sesuatu yang aneh antara mereka namun Jofliam menegaskan bahawa dia tidak berlaku curang terhadap isterinya.
Namun, kejadian kedua yang terjadi merupakan pencetus kepada segala masalah hingga mengakibatkan Jofliam hilang kepercayaan terhadap isteri serta saudara kandungnya.
Kejadian kedua terjadi apabila Jofliam melakukan program Solidariti Palestin di PWJ dan berlaku kesilapan dimana bendera Palestin yang diberikan kepada pelanggan dipasang terbalik.
“Untuk menyelesaikan isu tersebut, Cik Epal telah menghubungi saya dan menyuruh saya untuk segera membaiki kesilapan tersebut namun dan bertanya staf yang sepatutnya bertanggungjawab dalam penyusunan bendera tersebut.
“Staf yang terlibat ialah kakak saya dan Dewi, namun disebabkan terlalu sibuk dan keadaan pada masa itu agak hiruk-pikuk, saya memberitahu Cik Epal bahawa saya yang bertanggungjawab atas susunan tersebut,” tambahnya.
Namun, selepas Cik Epal mengetahui bahawa Dewi terlibat dalam kesalahan penyusunan tersebut, dia terus membuat andaian bahawa Jofliam sedang cuba untuk ‘backup’ Dewi dan membuat anggapan bahawa benar ada hubungan sulit antara mereka.
Jofliam yang menjadi mangsa keadaan kemudiannya meminta kakak kandungnya untuk menceritakan perkara sebenar kepada Cik Epal namun kakaknya memilih untuk memutar-belit cerita dan tidak mengaku bahawa dia turut terlibat sama dalam kesalahan tersebut.
Disebabkan penipuan kakanya, Jofliam sudah mulai hilang kepercayaan terhadap saudara kandungnya dan juga isterinya yang mempercayai penipuan tersebut.
Di akhir cerita, Jofliam memberitahu bahawa Cik Epal mulai mencurigai jawapan kakaknya itu dan memilih untuk berbincang semula mengenai hal itu kepadanya.
Dia turut menyedari bahawa dia telah mempercayai orang yang salah dan sepatutnya meletakkan lebih kepercayaan kepada Jofliam.
Namun, Jofliam dengan tegas menyatakan bahawa dia kini tidak mempunyai kepercayaan terhadap sesiapa termasuk isterinya.
Oleh itu, ia menunjukkan betapa pentingnya komunikasi dan kepercayaan dalam sesebuah hubungan. Jofliam kini berhadapan dengan cabaran untuk memulihkan hubungan dengan Cik Epal setelah kekecewaan yang dialaminya. — KL Viral
Baca juga: