Terkini

Lelaki pon dah tak selamat sekarang, dakwa kena gangguan seksual dalam LRT

SEORANG lelaki dikatakan menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang lelaki warga emas ketika menggunakan kenderaan awam baru-baru ini.

Menurut pemilik akaun yang dikenali sebagai Amsyah di X, mangsa yang dipercayai sedang dalam Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Titiwangsa mengatakan dia menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang lelaki.

Malah, dia juga meminta orang ramai agar berhati-hati ketika menggunakan LRT menghala ke Masjid Jamek.

“Sila berhati-hati dengan orang tua ini. Masa saya nak balik rumah dari Masjid Jamek nak ke Sentul, saya kena gangguan seksual dan masa menuju ke Titiwangsa. Tetapi saya tak perasan pun yang dia tengok-tengok sebab saya hanya fokus tengok telefon,” katanya di X.

Kejadian itu dirakam oleh dirinya sendiri ketika berada di hadapan suspek dalam perjalanan pulang ke rumah dari stesen LRT Ampang Line ke stesen LRT Sentul Timur.

Menurut perkongsian mangsa, kejadian berlaku sekitar pukul 8:15 malam semasa dia dan suspek berada di gerabak yang sama.

Lelaki itu dikatakan telah memegang kemaluannya sendiri dan mengajak mangsa untuk keluar dan turun di stesen Titiwangsa sambil memberikan isyarat untuk melakukan seks oral di stesen berkenaan. — KL Viral

Oleh itu, orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan segera melapor kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang tindakan tidak senonoh atau gangguan seksual dalam kenderaan awam.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top