Video memaparkan seorang penunggang p-hailing berjalan kaki sambil menggalas beg penghantaran makanan mengundang sebak netizen.
Lelaki berkenaan dilihat berjalan dan masih memakai topi keledar dalam cuaca panas selepas tidak dapat meneruskan kerja mencari rezeki kerana motosikalnya dipercayai disita Jabatan Pengangkutan Jalan, di Nilai, Negeri Sembilan.
Teruskan MembacaHantaran tersebut dimuat naik oleh pengguna TikTok yang berada di lokasi sewaktu pemeriksaan kenderaan dilakukan anggota penguat kuasa.
Hantaran tular yang meraih lebih 2.5 juta jumlah tontonan itu turut dikongsikan oleh warganet lain.
Tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menyita motosikal disebabkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat dan tiada insurans.
Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, sitaan dilakukan bertujuan menjaga keselamatan penunggang tersebut dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.