SUDAH ada yang pertama kenapa perlu ada yang kedua? Rata-rata masyarakat meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Alif Teega atau nama penuh Mohd Hazalif Mohad Zaini yang ‘menduakan’ isterinya, Aisyah Hijannah Azhari.
Selain kisah konflik rumah tangga pasangan itu menjadi tarikan, khalayak sekali lagi ‘dikejutkan’ dengan berita kemunculan single baharu nyanyian mereka bertajuk Teristimewa.
Teruskan MembacaBaru dilancarkan pada Sabtu 6 Januari lalu, lagu tersebut difahamkan merupakan karya nukilan Alif sendiri yang didakwa ditujukan khas buat isterinya, Aisyah.
Perkara itu dinyatakan oleh Alif menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram miliknya.
“Insya-Allah dilancarkan pada 6 Januari pada pukul 9 malam. Moga ada kebaikan dan bermanfaat. Terima kasih buat yang mendoakan,” katanya ringkas.
Bagaimanapun, perkara itu secara tidak langsung telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-rata mempersoalkan tindakan Alif melebihkan Aisyah selaku isteri pertama, berbanding isteri keduanya.
“Dah ‘terkhianati’ macam mana boleh jadi ‘teristimewa’ pulak ni?,” kata Azreena.
“Maaflah Alif, memang tidak sesuai bila nak promote (promosi) lagu ni di kala apa yang awak dah buat. Sejujurnya, apa pun yang awak muat naik sekarang ni, takkan dapat ubah betapa menyampahnya orang tengok. Tiada lagi hormat dan cukup-cukuplah nak perhatian daripada pengikut. Saya lebih hormati Aisyah yang menjaga anak-anak dia,” kata Khadeeja.
“Kesian isteri kedua tengok ni, sepatutnya tak perlu poligami kalau masih cinta dengan isteri pertama,” kata Hamsir.
Susulan itu, ada yang mengatakan perbuatan Alif dan Aisyah yang melancarkan lagu tersebut selepas pelbagai insiden yang berlaku terhadap rumah tangga mereka, berpendapat hal itu bertujuan sekadar pemasaran semata-mata.
Setakat ini, jumlah tontonan di Youtube Aisyah Hijannah & Alif Teega telah mencecah 36.3 ribu meskipun mendapat reaksi negatif dan cemuhan daripada netizen.
Walaubagaimanapun, Alif tetap memohon doa yang baik-baik buat keluarganya daripada semua pihak semoga dipermudahkan segala urusan buat perjalanan kehidupan pasangan tersebut.
Untuk info, Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata. Pada 18 November 2023, Alif telah mendedahkan bahawa dia telah berkahwin buat kali yang kedua. — KL VIRAL
Baca juga: