Terkini

“Saya ada kerja lebih penting” – PM tidak endah dakwaan ‘runtuhkan’ Kerajaan MADANI

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas panjang mengenai dakwaan Perikatan Nasional (PN) mempunyai jumlah akuan sumpah (SD) yang cukup untuk menumbangkan Kerajaan MADANI.

Anwar berkata, beliau mempunyai tugasan yang lebih penting utnuk diselesaikan.

“Tidak mengapa, apa yang dia nak cakap lagi…saya tak perlu komen, saya ada kerja yang lebih penting.

“Kalau ada kes isu besar yang lain saya akan jawab,” katanya.

Beliau memberi reaksi demikian ketika ditanya tentang dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa PN mempunyai jumlah SD yang mencukupi bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci termasuk mengenai jumlah SD yang diperoleh.

Sebelum ini, Pejabat Ketua Pembangkang telah menafikan dakwaan bahawa 118 Ahli Parlimen daripada PN diperkenan Yang Dipertuan Agong untuk mengadap baginda bersama SD masing-masing.

Kenyataan tersebut didakwa dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin seperti ditularkan di media sosial juga adalah palsu.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top