SETELAH bersiar – siar di sekitar Kuala Lumpur yang penuh dengan pelbagai tarikan, tetapi tidak mengetahui tempat yang menarik untuk menjamu selera? Jangan risau!
Terdapat beberapa pilihan kafe yang menarik bagi yang suka untuk mengambil gambar dan menyediakan pelbagai suasana yang selesa dan aestetik.
Teruskan MembacaBerikut KL Viral senaraikan 5 kafe menarik dan aestetik yang ada di Kuala Lumpur:
1. FEEKA Coffee Roasters
FEEKA Coffee Roasters telah beroperasi bertahun lamanya, menyediakan kopi yang sedap, sarapan pagi yang lengkap, dan pencuci mulut homemade yang menarik. Kafe kecil di sekitar Bukit Bintang ini antara kafe pioneer dalam bidang kafe dan tetap berdiri teguh sebagai tempat pilihan untuk lepak dan chill.
Alamat: 19, Jalan Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Waktu Operasi: 8 pagi -10 malam (setiap hari)
2. Merchant’s Lane
Menarik di kafe ini kerana dibangunkan dalam bangunan selepas perang dan terletak di Petaling Street, Merchant’s Lane sudah pun menjadi antara kafe pilihan dan kegemaran ramai.
Kafe ini sangat sesuai untuk menikmati makan pagi-tengahari (brunch) bersama rakan-rakan anda. Bukan sahaja ruang yang sangat insta-worthy, makanan mereka juga sangat menarik. Hidangan western dengan sentuhan lokal, mereka menawarkan menu yang versatil dan unik, seperti Italian Chow Mien dan South China Sea. Wajib cuba!
Alamat: 150, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur , Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (11.30 pagi-10:00 malam) | Sabtu-Ahad & Cuti Umum (09.30 pagi-10:00 malam) | Rabu (Tutup)
3. Pokok KL
Berkonsepkan dinding kaca menambahkan lagi seri di Pokok KL. Menu di sini sangat ringkas. Menu mereka tetap menarik dan sedap-sedap belaka. Pilihan sup, snek, pai, pastri dan macam-macam lagi sangat sesuai digabungkan dengan kopi segar berkualiti.
Alamat: MAHSA Avenue (Jalan Universiti Campus), Level 1, Block B, Jalan Ilmu, off Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz, 59100 Kuala Lumpur , Waktu Operasi: Setiap Hari (10:00 pagi-08:00 malam)
4. LOKL Coffee Co.
Sudah beroperasi sejak tahun 2012, di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, Lokl Coffee Co. sering menjadi tempat tumpuan para cafe-hopers dan pekerja korporat di sekitarnya.
Hidangan sarapan pagi seperti Eggs Florentine, English breakfast, fritatta menunjukkan lagi kebolehan mereka mengubah suai resepi-resepi dengan hanya satu bahan utama. Manakala, hidangan chicken & waffles dan Southern fried chicken sudah semestinya menjadi kegemaran ramai.
Alamat: 30, Jalan Tun H. S. Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur , Waktu Operasi: 8 pagi – 5 petang (setiap hari)
5. RGB and The Bean Hive
Kafe yang terletak di Jalan Dato’ Keramat ini memberikan anda suasana ala rumah. RGB & The Bean Hive beroperasi dalam sebuah banglo lama dan menawarkan ruang makan yang homely dan ruang outdoor yang selesa dan hijau.
Antara yang popular di sini ialah nasi lemak kukus, pesto pasta dan banyak lagi. Mereka turut menyediakan variasi kek dan pencuci mulut yang sedap dinikmati dengan kopi pilihan anda.
Alamat: 35, Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, 55000 Kuala Lumpur , Waktu Operasi: 10 pagi – 6.30 petang (setiap hari, tutup pada hari Isnin)— KL VIRAL
Baca juga: