SEJAK kebelakangan ini, makanan berasal dari negara Korea Selatan telah menjadi satu fenomena di dalam negara Malaysia. Ini kerana, peminat terliur menonton makanan sedap yang dipaparkan dalam drama-drama Korea.
Kepada penggemar makanan Korea tidak usah ke Korea, KL VIRAL memberikan senarai makanan Korea yang boleh didapati di Kuala Lumpur:
Teruskan Membaca1. Bibimpap
Hidangan ini cukup menyelerakan apabila terdapat nasi, pelbagai jenis sayur, daging cincang dan kuning telur yang mentah. Kenapa mentah? Kerana telur kuning mempunyai banyak khasiat dan hidangan ini merupakan hidangan yang sihat diperlukan oleh badan kita.
2. Pajeon
Pajeon kelihatan seperti telur dadar, tetapi, ia dipanggil sebagai pizza omelet dan sesuai untuk dimakan sebagai pembuka selera. Hasil memasak pajeon menjadikan ia seperti gabungan lempeng (pancake) dan telur dadar tetapi menariknya, bahan seperti bawang Holland dan ikan sering dijadikan bahan tambahan.
3. Tteokbokki
Tekstur yang lembut dan kenyal beras gnocchi yang direbus di dalam sos berperisa pedas yang panas dan popular dihidangkan di restoran mahupun gerai-gerai jalanan di Korea. Sekarang hidangan tteokbokki juga sudah ada di Kuala Lumpur!
4. Odeng/Eomuk
Sejenis lempeng ikan yang dihidangkan dengan sup ikan yang dicucuk dengan lidi. Odeng ini lazimnya dimakan pada waktu sejuk di Korea, sesuai dengan rasanya yang panas dan enak.
5. Kimchi
Kimchi adalah hidangan pedas dan masam yang terdiri daripada kubis yang ditapai (tetapi ia boleh dibuat dengan sayur-sayuran lain juga). Kimchi mempunyai rasa yang unik, serta nilai pemakanan yang tinggi dan kandungan rendah kalori. Selain itu, ia dianggap penting untuk sebarang hidangan.
6. Bulgogi
Bulgogi ialah berperisa daging lembu perap panggang yang dimasak dalam sos. Bahagian lembut seperti sirloin digunakan untuk bulgogi.
7. Ayam Goreng Korea
Ayam goreng Korea menjadi makanan ruji Korea yang popular kerana Krisis Kewangan Asia 20 tahun lalu. Hari ini ia adalah salah satu makanan yang paling digemari dan walaupun ia tidak boleh dianggap sebagai tradisional semata-mata, ia adalah salah satu hidangan yang wajib dicuba! — KL VIRAL
Baca juga: