Terkini

Jom pergi ke 5 taman tema air yang ada di Selangor

SELANGOR adalah negeri yang maju tetapi ianya masih mempunyai mempunyai banyak tempat-tempat menarik. Walaupun kebanyakan tempat pelancongan di Selangor berada di bandar tetapi ianya masih menjadi tumpuan pelancong untuk dikunjungi.

Ada berhasrat nak ke taman tema air? Ikuti senarai 5 taman tema air yang best seperti berikut:

1. SPLASHMANIA WATERPARK GAMUDA COVE @ BANTING

SplashMania WaterPark adalah sebuah taman tema air yang baru dibuka di Banting. Antara tarikan yang ada di SplashMania WaterPark ialah kapal lanun gergasi. 

Dengan segala tarikan dan kemudahan yang disediakan memang sangat berbaloi. Antara kemudahan yang disediakan pula ialah tandas, surau, loker dan lain-lain. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, pastinya akan memudahkan pengunjung-pengunjung yang datang.

Alamat: Jalan Cove Sentral 4, Bandar Gamuda Cove, 42700 Banting, Selangor
Waktu Operasi: 10 pagi – 6 petang (tutup setiap Rabu)

2. BANGI WONDERLAND THEME PARK & RESORT @ BANGI

Apa yang menariknya di Bangi Wonderland Theme Park & Resort ialah ianya mempunyai 14 jenis gelongsor dan tarikan yang menarik seperti Anaconda Trail, Spiralax, Body Slide, Magic Funnel, The Fall, Green Pearl, Wonder Loop dan Boomeriang. Memang sangat menyeronokkan untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Alamat:  2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Isnin, Rabu & Jumaat (11 pagi – 6 petang), Khamis, Sabtu & Ahad (10 pagi – 6 petang) dan tutup setiap Selasa

3. SUNWAY LAGOON @ BANDAR SUNWAY

Sunway Lagoon, Subang Jaya memang sebuah taman tema air yang sangat popular di Selangor. Disebabkan Sunway Lagoon mempunyai banyak tarikan yang menyeronokkan, ianya sentiasa menjadikan pilihan para pelancong dari dalam dan luar negara.

Terdapat banyak permainan yang boleh anda cuba daripada taman tema air hinggalah taman hiburan yang kering. 

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 10 pagi – 11 malam (tutup setiap Selasa)

4. WATERWORLD BY I-CITY

Jika di Shah Alam, bukan sahaja WetWorld Water Park malah WaterWorld pun adalah salah satu taman tema air yang ada di Shah Alam. WaterWorld terletak di I-City. I-City juga adalah salah satu tempat yang popular di Shah Alam. Jika anda berada di sekitar Shah Alam, anda patut cuba datang ke sini. Apa yang menariknya, WaterWorld mempunyai 3 jenis tarikan utama iaitu Jacuzzi Pool, Lazy River dan Wave Pool.

Alamat: i-Gallery, Jalan Multimedia 7/Ah, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 10 pagi – 6 petang (tutup setiap Selasa)

5. BIG BUCKET SPLASH GAMUDA GARDEN @ RAWANG

Kalau anda berada di sekitar Rawang dan sedang mencari tempat yang sesuai untuk meluangkan masa bersama anak-anak, anda patut datang ke Big Bucket Splash Gamuda Garden kerana taman tema air ini adalah mesra kanak-kanak.

Memang sesuai untuk membawa kanak-kanak ke sini kerana kawasannya tidak terlalu besar dan senang untuk anda memantau anak-anak anda. Tarikan utama taman tema air ini ialah ianya mempunyai sebuah baldi yang besar dan baldi tersebut akan mencurahkan air apabila sudah penuh.

Alamat: North Selangor MY, Persiaran Gamuda Gardens 1, Bandar Gamuda Gardens, 48050 Sungai Buloh
Waktu Operasi: Isnin, Selasa, Khamis (12 tengahari – 9 malam), Jumaat, Sabtu & Ahad (10 pagi – 10 malam) dan tutup setiap Rabu

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top