GAGAL isytihar harta kira-kira 70 aset, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur kerana tidak mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tuduhan dibicara terhadap Daim atau nama sebenar Che Abdul Daim Zainuddin, 86, di hadapan Hakim Azura Alwi.
Teruskan MembacaDalam pada itu, Daim didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 dan tiada penambahan syarat memandangkan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Pada 22 Mac depan, kes akan dibicarakan semula dan penyerahan dokumen akan berlaku.
Daim yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 didakwa dengan sengaja memberikan satu penyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi notis bertarikh 8 November 2023.
Notis yang dihantar pada 14 November 2023 dengan pengisytiharan tidak lengkap lagi 70 aset harta dan satu akaun bank.
Antara aset tersebut melibatkan kenderaan mewah jenis Mercedes Benz, Jaguar, Austin Morris dan Rolls Royce.
Dalam pada itu, sebanyak 38 syarikat iaitu Ibu Kota Developments Sdn Bhd, Menara Ampang Sdn Bhd dan Avillion Berhad, 25 hartanah dan tanah sekitar Kuala Lumpur, Ampang, Bangsar; Raub, Pahang, Kuala Muda,Kedah; Port Dickson, Negeri Sembilan dan akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).
Baca juga: