PELAKSANAAN dua program oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) iaitu Temu Bual DBKL dan Teh Hijau Kuala Lumpur adalah salah satu inisiatif agensi itu untuk merapatkan hubungan bersama masyarakat.
Program tersebut merupakan acara yang melibatkan 25 jabatan di bawah DBKL turun padang sebagai satu penglibatan untuk meningkatkan kualiti penyampaian agensi kepada warga kota.
Teruskan MembacaTerdapat 11 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur terlibat secara bergili-gilir pada setiap bulan minggu ke-4 bagi program Temu DBKL manakala Teh Hijau KL adalah program penerapan elemen hijau pada setiap bulan pada minggu kedua hari Sabtu di lokasi tetap iaitu Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
Kedua-dua program telah diadakan serentak di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur untuk edisi pertama.
Dalam pada itu, turut hadir Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, program-program tersebut adalah inisiatif yang baik patut diberikan pujian.
“Program ini juga dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman warga kota berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh DBKL secara meluas selain meningkatkan kepercayaan mereka terhadap agensi itu melalui penyampaian perkhidmatan secara terus serta bersasar kepada komuniti setempat.
“Program tersebut turut melibatkan rakan strategik DBKL seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Radio Televisyen Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, Yayasan Wilayah Persekutuan Media (YWP Media) dan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA),” katanya selepas melancarkan program tersebut, memetik laporan, Astro Awani.
Baca juga: