DALAM satu kejadian kebakaran di Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini, melibatkan enam buah rumah telah hangun terbakar dijilat api.
Difahamkan kira-kira pukul 10.18 pagi, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan sebelum jentera dihantar ke tempat kejadian.
Teruskan MembacaMenurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, seramai 16 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Jalan Tun Razak dan BPP Sentul diarahkan ke lokasi kejadian.
Muhamad Hafidz Yaacob selaku Komander Operasi Kanan bertugas berkata, sejurus tiba di tempat kejadian, pasukan bomba bertindak untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan berdekatan.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan enam buah rumah jenis separa kekal berkeluasan 8,800 kaki persegi, terbakar 100 peratus.
“Tindakan memadamkan api menggunakan teknik offensive dan deffensive untuk untuk mengawal kebakaran dari merebak ke rumah berhampiran. Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 11.09 pagi,” katanya.
Setakat ini, memetik laporan KOSMO!, kejadian tersebut tiada kehilangan nyawa dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Baca juga: