VIDEO tular di media sosial mendapat perhatian ramai netizen apabila dipercayai pergaduhan berpunca daripada perebutan kawasan tanah antara dua warga emas.
Difahamkan pergaduhan antara dua warga emas itu bermula daripada salah seorang warga emas berbangsa Cina mula mengeluarkan kata-kata kesat terhadap jirannya kerana dipercayai telah membuang sampah di kawasan berdekatan rumahnya.
Teruskan MembacaSusulan daripada pergaduhan itu, dipercayai muncul seorang lelaki telah bertindak membawa sebatang kayu dan memukul warga emas tersebut.
Dilihat video tular berdurasi 30 saat di aplikasi X memaparkan seorang lelaki terus meluru ke arah warga emas itu lantas memukul warga emas tersebut di bahagian muka.
Dipercayai lelaki tersebut telah memukul warga emas itu sehingga terjatuh ke tanah dan warga emas tersebut bertindak untuk menghubungi pihak polis.
Pergaduhan itu sekali gus dijadikan bahan jenaka oleh netizen kerana pergelutan tersebut berpunca hanya daripada pergaduhan mulut ke mulut yang membalas dengan kata-kata yang kesat antara dua warga emas.
Dalam masa yang sama, segelintir netizen lantang bersuara apabila tindakan seorang lelaki tersebut agak melampau apabila menggunakan kekerasan terhadap warga emas.
“Tengok video satu lagi, dua dua pihak berstatus nenek tapi perangai macam budak-budak mencarut dekat masing-masing. Dua-dua nenek kena pukul. Mamat dalam video tu mungkin dia geram bila nenek satu lagi kena pukul. Jadi dia pukul nenek Cina tu, sekarang masa dia pulak kena pukul biar sama rata,” kata Tag Jones.
“Tak boleh percaya sangat, zaman sekarang ni orang tua pun perangai macam apa je tak padan dengan tua. Contoh Cina tua mabuk yang langgar orang kat jalan tu hahaha,” kata Afir.
“Memang tak fikir masa depan ye? Nenek tu kalau jatuh terhentak kepala dia ke lantai, meninggal kat situ kau dah jadi pembunuh tau,” kata Liyana.
“Nasib ada CCTV. Harap dia bankrap la, aniaya orang macam ni,” kata Its Harmonie.
Difahamkan kejadian tersebut masih belum mendapat sebarang maklumat yang sah tetapi cukup memberi pengajaran ke semua lapisan masyarakat agar menerapkan nilai murni yang baik sesama jiran tetangga.
Baca juga: