Tiba-tiba di tik tok buah ‘donut peach’ hangat diperkatakan. Donut Peach atau ‘flat peach’ menjadi tular. Ramai yang mencari buah ini. Penulis sendiri terpengaruh dan bersungguh-sungguh mencarinya di pasaraya.
Buah ini hanya ada di sesetengah pasaraya. Biasanya ada di Jaya Grocer.
Teruskan MembacaBuah ini menarik perhatian ramai kerana bentuknya yang unik, seakan-akan kuih donut. Berbeza daripada buah peach biasa yang kita kenali.
‘Donut Peach’ mempunyai kulit yang berwarna merah dan kuning dengan tekstur kulit berbaldu. Isi bahagian dalamnya pula berwarna putih.
Bentuknya yang pipih di tengah-tengah menjadikan rupanya kelihatan seperti donut.
Selain bentuknya yang unik, buah ini juga menjadi rebutan ramai kerana rasanya yang manis dan berjus. Ramai yang memuji rasa buah ini dan mengatakan bahawa ia adalah antara jenis buah peach terbaik yang pernah mereka rasa.
Asal Usul Buah Donut Peach
Buah peach ini berasal dari negara China. Selain dikenali dengan nama donut peach atau flat peach, ia juga disebut sebagai Saturn peach. Nama ‘Saturn’ diberikan kerana bentuk buah ini yang pipih, hampir mirip dengan cincin planet Zuhal atau Saturn.
Walaupun buah ini mungkin kelihatan asing di Malaysia, namun ia telah lama menjadi sebahagian daripada diet orang ramai di seluruh dunia, terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah. Ini kerana ia banyak ditanam di negara-negara tersebut.
Kebaikan Buah Pic Donut
Donut peach bukan sahaja lazat, tetapi juga kaya dengan pelbagai nutrisi. Buah ini adalah sumber yang baik bagi anda mendapatkan vitamin A dan C, selain kaya dengan serat pemakanan.
Selain itu, ia juga mengandungi potasium yang penting untuk kesihatan jaunting. Ia turut mengandungi niasin dan vitamin E, yang memainkan peranan penting dalam kesihatan kulit dan sistem imun. Dengan hanya sekitar 50 kalori bagi setiap biji donut pic, ia adalah pilihan yang sihat untuk dijadikan sebagai snek setiap hari.
Tips Memilih Buah Donut Peach
1. Pilih buah yang sudah berwarna merah baldu. Rasanya akan lebih manis dan extra juicy!
2. Jika membeli buah yang belum merah, anda perlu peram terlebih dahulu selama dua atau tiga hari sehingga warna bertukar lebih gelap.
3. Apabila sudah masak sepenuhnya, buah peach akan mengeluarkan haruman wangi.
4. Kebanyakan peniaga akan jual yang belum masak sepenuhnya kerana buah diimport dari pelbagai negara.