SATU video tular di media sosial melibatkan seorang wanita telah menghalau seekor kucing dengan sebatang mop dipercayai berlaku di hadapan kedai haiwan terletak di Ampang.
Insiden yang berlaku pada Rabu pagi telah dirakam menerusi kamera rakaman tertutup oleh kedai haiwan, Daco Petshop, Ampang dan difahamkan wanita tersebut merupakan pekerja di kedai itu.
Teruskan MembacaVideo berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang wanita bertindak menghalau seekor kucing yang duduk di hadapan kedai haiwan dan dilihat tidak berpuas hati lantas mengambil sebatang mop serta menghalau kucing tersebut.
Dalam video tular itu juga kelihatan wanita tersebut turut mengambil bekas makanan kucing dan bekas air lalu membuang makanan yang ada di dalam makanan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati dan mengatakan wanita tersebut tidak berhati perut sehingga membuang makanan untuk kucing dikatakan liar itu.
“Kebanyakkannya ramai backup makcik tu ya, mana rasa perkemanusiaan orang sekarang? Dah ke laut agaknya. Boleh je halau elok-elok bukan gunakan kayu mop macam tu,” kata Jichu.
“Apalah perasaan orang yang suka aniaya haiwan kan? Anak lelaki saya terjaga pukul 2 pagi sebab kucing gaduh dengan anjing pun saya siap angkatkan bangkai kucing tu walaupun bukan kucing saya,” kata Sarimah.
“Ini lah contoh orang kita, tengok rupa dan gaya jalan pun tahu dah memang ada perangai tak berapa bagus,” kata Manuel.
“Semoga mendapat balasan dekat akhirat, biar padan muka dia. Jalan pun macam peguin,” kata Sweety.
Jika kita adalah masyarakat yang memupuk nilai murni yang tinggi, haiwan juga perlu dititik beratkan walapun tiada akal. Sebagai manusia yang mempunyai akal sepatutnya menunjukkan sikap keprihatinan walaupun terhadap haiwan.
Dalam kalangan warganet juga seharusnya tidak sewenang-wenangnya menghukum seseorang tanpa mengetahui tentang asal-usul kebenaran setiap perkara yang berlaku.
Baca juga: