Rata-rata sehingga kini masih ramai yang memperkatakan ucapan kemenangan Khairul Aming yang telah dinorbatkan sebagai ‘Creator Of The Year‘ dalam TikTok Awards Malaysia yang julung kali diadakan pada Ahad lalu.
Ramai yang bersetuju dengan pesanan dititipkan beliau kepada anak-anak muda yang bercita-cita untuk menjadi pencipta kandungan (‘content creator‘).
Teruskan MembacaDalam ucapan ringkas, Khairul Aming memberikan pemahaman yang sangat jelas kepada anak muda bahawa biar setinggi langit sekalipun impian dan cita-cita untuk menjadi personaliti media sosial, apa yang perlu diutamakan mereka ialah menghabiskan pengajian terlebih dahulu.
“Kepada anak-anak muda di luar sana yang ingin menjadi content creator, teruskan pembelajaran kerana membuat kandungan media sosial bukan sekadar untuk viral.
“Untuk relevan lama dalam industri, awak perlu banyak pengetahuan, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan adab. Jadi habiskan pembelajaran, dan jadilah pelapis content creator yang bagus, yang boleh majukan negara kita, Malaysia,” ujar anak kelahiran Kelantan itu lagi.
Bersiaran secara langsung dari Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur, menyaksikan Khairul Aming dinobatkan Anugerah Creator of The Year 2023.
Seperti yang dijangka, anugerah tersebut bakal diraih oleh pempengaruh media sosial terkenal dalam dunia masakan itu.
Pada 23 Ogos lalu, Khairul Aming telah menerima 1.3 juta undian sekali gus mendahului finalis bagi kategori People’s Choice: Creator Of The Year.