REKAAN poster informasi jualan tiket Piala ASEAN yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat di kalangan peminat sukan tanah air.
Poster yang sepatutnya menjadi lambang kebanggaan dan semangat bola sepak negara itu, bagaimanapun, menerima kritikan hebat akibat rekaannya yang dianggap kurang menarik dan tidak memenuhi standard profesional.
Teruskan Membaca“Seperti pamflet warung pecel lele,” komen Anggaabay.
“Aku perhati je poster FAM ni. Buruk ya amat. Siapa design ni. Budak-budak ke?” soal Betterjecks.
Isu tersebut turut disuarakan oleh page sukan tempatan yang meminta penambahbaikan dilakukan oleh pihak FAM.
Membalas kepada isu tersebut, Pegawai Media FAM, Wan Fakhrul Wan Bakar membidas segala kritikan mengenai poster tersebut dan meminta pentadbir (admin) page tersebut untuk lebih berani menggunakan identiti sendiri daripada menggunakan akaun page itu.
“Kritik macam-macam sebagai admin page memang senang. Bila diajak bincang, tak mahu pula. Takut identiti terdedah ke?
“Kita ni gentle (berani) je pakai nama sendiri, nama betul. Nak takut apa kan?” soalnya menerusi hantaran di laman X secara sinis.
Kritikan terhadap rekaan poster tersebut menunjukkan betapa pentingnya peranan reka bentuk yang profesional dalam menyampaikan mesej dan membina imej sesebuah organisasi.
Walaupun FAM mempertahankan rekaan tersebut, respons balas terhadap kritikan yang diterima seharusnya lebih konstruktif, terutama dalam mendengar suara peminat dan masyarakat. — KL Viral
Baca juga: