KETIKA anak-anak lain sedang asyik dengan kesibukan mengejar arus teknologi sehinggakan hilang hormat kepada ibu bapa, namun sikap tanggang moden itu tidak akan memberi kesan buat adik Aisyah.
Kisah adik Aisyah yang patut kita jadikan pedoman untuk sentiasa bersyukur dan menerima apa jua dugaan yang mendatang dengan hati terbuka tanpa berburuk sangka dengan ketentuan Yang Maha Esa.
Teruskan MembacaTular di media sosial memaparkan pengorbanan adik Aisyah yang mempersiapkan segala hal untuk ibunya yang difahamkan dari golongan Orang Kurang Upaya (buta) ke Klinik Kesihatan Perda, Bukit Mertajam , Pulau Pinang.
Menurut sumber di Tiktok milik Mr. Benjo, adik Aisyah memimpin ibunya berdua masuk ke klinik dan berjumpa dengan doktor untuk saringan kesihatan.
Jelasnya, di Klinik itu ramai yang membantu adik Aisyah untuk membantu proses pendaftaran, pengambilan ubat tanpa mengira bangsa dan agama.
“Hebat hang adik, hang bawa Mak (buta) mai Klinik jumpa doktor, dekat kaunter hang jengkek-jengkek kaki sambil tunggu nombor giliran.
“Dekat kaunter ubat, doktor terang berapa banyak kena minum ubat, hang angguk paham, tapi taktahu la paham ke tidak.
“Semua dekat KK tolong hang, tak kira Tok Wan Cina ka India ka, moga hang berjaya dunia akhirat, hebat jalan cerita hidup hang untuk kami paham macam mana kehidupan,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, ada yang mengenali adik Aisyah dan mengatakan bahawa memang ibu dan anaknya sangat baik dan rajin ke surau.
Rata-rata mendoakan agar urusan adik Aisyah dan ibunya dipermudahkan dan sentiasa dilindungi di bawah rahmat Allah sentiasa.
“Jiran saya Aisyah ni, memang cerdik orangnya, baru darjah 1, setiap petang mak dia teman dia mengaji kat surau rumah,” kata UmmiMedina.
“Ketika budak lain sibuk dengan gajet, ralit sampai tak panggung kepala, adik Aisyah jaga ibu dia, semoga Allah kurniakan takdir yang terbaik buat kamu wahai anak cerdik,” kata Duri Semalu.
Baca juga: