SEORANG graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencuri perhatian apabila tampil dengan bendera Palestin di bahunya semasa Majlis Konvokesyen ke-52 yang berlangsung baru-baru ini.
Tindakan itu mendapat pujian ramai kerana dianggap sebagai satu keberanian dan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Teruskan MembacaGraduan tersebut, Ahmad Syahrul Aidhil Muhammad, yang menamatkan pengajian sarjana muda dalam bidang Pengajian Islam dengan kepujian, berkongsi momen itu menerusi akaun TikTok miliknya.
Video itu menunjukkan Ahmad Syahrul dengan bangga membawa bendera Palestin semasa melangkah naik ke pentas untuk menerima skrol.
Ahmad Syahrul mendedahkan bahawa tindakannya membawa bendera Palestin menerima tentangan daripada salah seorang pendidik yang berada berhampiran ketika itu.
Namun, dia tetap berpegang teguh kepada pendiriannya. Sebaik sahaja namanya diumumkan, Ahmad Syahrul menerima sorakan gemuruh daripada graduan lain dan para tetamu yang hadir di dewan tersebut.
Di media sosial, khususnya di ruangan komen TikTok, tindakan Ahmad Syahrul mendapat sokongan padu daripada netizen.
Rata-rata memuji keberaniannya yang dilihat sebagai satu mesej solidariti yang jelas dalam suasana rasmi seperti majlis konvokesyen.
Netizen juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah atas kejayaannya menggenggam ijazah dan mendoakan agar perjalanan hidupnya dipermudahkan.
Tindakan simbolik Ahmad Syahrul bukan sahaja menonjolkan keberaniannya tetapi juga memperlihatkan semangat generasi muda yang prihatin terhadap isu kemanusiaan sejagat.
Baca juga: