PIHAK polis telah menangkap seorang lelaki berusia 43 tahun yang didakwa menarik kucing dengan tali yang diikat di leher haiwan tersebut menerusi satu video tular di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Rusdi Mohd Isa, memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dibuat bagi melengkapkan siasatan.
Teruskan Membaca“Tindakan tersebut dilakukan susulan daripada sebuah video berdurasi sembilan saat yang dimuat naik di TikTok.
“Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kediaman di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini, video tersebut turut meraih perhatian ramai dan mengundang kemarahan orang ramai terutama pencinta haiwan.
Menerusi media sosial masing-masing, mereka menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap perbuatan lelaki itu yang disifatkan kejam dan tidak berperikemanusian.
Tindakan tegas seperti ini diharapkan dapat menghentikan penganiayaan terhadap haiwan dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebajikan haiwan di kalangan masyarakat. – KL Viral
Baca juga: