Oleh: Haikal Tajuddin
PENGUSAHA Suka Dessert dikecam teruk oleh masyarakat kerana menjual aiskrim dengan harga tinggi dan tidak berbaloi.
Teruskan MembacaPengusaha Suka Dessert, Aunty Ja, mengakui ais krim yang dijual itu menggunakan bahan yang berkualiti tinggi dan wajar dijual dengan harga RM18.
Akan tetapi, perkara tersebut mendapat maklum balas negatif dari seorang pempengaruh TikTok, Jason, yang mendakwa ais krim gelato yang dijual oleh Suka Dessert itu memiliki rasa yang biasa dan tidak wajar dijual dengan harga mahal.
“Ais krim gelato coklat bernilai RM18 ini tidak melekit seperti beberapa gelato yang pernah saya rasa sebelum ini.
“Rasanya seperti jenis coklat gelap, Hershey dan sangat manis. Lapisan seterusnya adalah coklat indulgence.
“Lapisan coklat itu keras di bahagian atas dan diisi dengan brownies. Saya rasa, mereka sudah menyediakan brownies di dalam kon terlebih dahulu.
“Bagi saya, dengan harga RM18, mahal nak mamp**,” katanya.
Susulan dari video tersebut, ramai individu terutama pengguna media sosial memuji tindakan Jason yang sentiasa memberi maklum balas yang jujur.
Secara tidak langsung, ia dapat memberi kesedaran kepada para peniaga untuk menambahbaik hasil jualannya dari semasa ke semasa. – KL Viral
Baca juga: