SATU video tular di media sosial mengejutkan ramai orang apabila cucu bekas Perdana Menteri didakwa menyambut perayaan natal atau krismas baru-baru ini.
Video berkenaan memaparkan sekumpulan remaja sedang menari mengikut rentak runut bunyi yang digunakan sebagai muzik latar.
Teruskan MembacaDalam video itu juga, mereka mengenakan pakaian yang menunjukkan sambutan krismas seperti topi berwarna merah, cekak rambut berhiaskan tanduk, baju merah dan mengenakan baju santa.
Rata-rata pengguna media sosial begitu terkejut dengan video tersebut kerana tidak menyangka cucu kepada figura negara itu berbuat demikian.
Malah, terdapat wargamaya yang kecewa kerana sepatutnya sambutan itu hanya disambut oleh orang yang bukan Islam.
“Adoi Islam kan? Mana boleh sambut. Kerana nila setitik habis susu sebelanga,” komen kamilariff3768.
“Teruk sangat-sangat, tiada nilai agama, kesian kalau fikir hidup untuk cari bekal akhirat,” balas hangmana.
“Kalau orang kaya tersesat dengan cara orang kaya, mewah katakan,” kata miaazra0. – KL Viral
Baca juga: