KELIBAT Pelakon dan Penyanyi, Alif Aziz bersama Pelakon, Ruhainies yang menghadiri Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan selama tiga jam pada pagi Khamis menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Menurut sumber media, pasangan tersebut dilihat tiba di mahkamah pada pukul 8.40 pagi dan dilihat beredar dari Mahkamah sekitar pukul 11.50 pagi.
Teruskan MembacaNamun, punca mahupun tujuan utama kehadiran mereka di Mahkmah itu masih tidak dapat dikenal pasti.
Difahamkan, sebelum ini pasangan tersebut disabit kes tangkapan khalwat oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 9 Mac lalu.

Kes tangkapan tersebut dibuat selepas pihak JAWI menerima laporan dari masyarakat awam berkenaan pasangan tersebut kerap berdua-duaan di sebuah kondominium mewah di ibu negara.
Mengikut laporan, bon jaminan RM1,500 yang diberikan mahkamah kepada kedua-dua selebriti tersebut masih dilanjutkan dan prosiding kes itu dipercayai akan berlangsung di Mahkamah Tinggi mulai 3 Julai ini.
Baca juga :