TINDAKAN seorang suami setelah ketahuan curang kemudian melakukan kekerasan terhadap isterinya mengundang kecaman warganet.
Menerusi video tular berdurasi 46 saat di laman X, ia pada mulanya memaparkan si isteri sedang menghampiri hotel yang dipercayai dikunjungi oleh suaminya bersama wanita lain.
Teruskan MembacaSelepas mengetuk pintu bilik salah satu bilik di dalam hotel tersebut, suami kepada wanita tersebut memunculkan diri dan bertindak memukul isterinya itu.
Difahamkan, isteri yang dipukul tersebut sedang berada dalam pantang selepas melahirkan anak kepada lelaki tersebut.
Lelaki tersebut dilihat menumbuk isterinya berkali-kali dan diberhentikan oleh perakam video berkenaan yang tidak dikenal pasti identitinya.
Lebih menggerunkan, lelaki tersebut juga seakan mahu mengugut untuk memukul perakam video tersebut namun tidak melakukan demikian.
Video berkenaan telah menarik perhatian warganet dan masing-masing meluahkan rasa berang terhadap perlakuan sang suami itu.
“Suami si**. Dengan perempuan berani la nak tumbuk muka. Bini tengah dalam pantang pula tu. Dah kantoi check in nak tunjuk baran,” komen Malaysiaviralll melalui kapsyen video tersebut.
“Dia yang curang tapi pukul isteri macam dia tak bersalah. Lelaki macam ni tak payah bagi peluang kedua, dia akan buat lagi, lagi dan lagi. Better buat report dan fail cerai,” kata Noteworthytopcs.
“Harap meringkuk dalam penjara dan dibelasah oleh another jailbirds. Penzina yang tak sedar diri elok dibelasah supaya sel-sel otak berhubung,” komen MdmRoseNoor.
“Kalau dah tak sayang, pulanglah cara baik pada keluarga isteri. Jangan buat anak orang macam ini. Kita hidup ni ada anak perempuan, adik atau kakak perempuan. Kita tak nak orang buat keluarga kita macam ni, takde siapa nak jadinya jangan buat pada orang lain,” komen Blairwen. — KL Viral
Baca juga: