SEORANG lelaki warga Britain ditahan polis Perancis kerana bertindak memanjat Menara Eiffel beberapa jam sebelum majlis penutupan temasya Olimpik Paris 2024 berlangsung pada Ahad.
Tindakan merbahaya lelaki terbabit memanjat menara bersejarah dengan struktur setinggi 330 meter itu tular di media sosial dimana, sempat dirakam oleh orang awam yang berdekatan kawasan tersebut.
Teruskan MembacaMenerusi video tular yang berdurasi 45 saat di laman X (Twitter) memaparkan lelaki itu memanjat menara tersebut tanpa menggunakan tali dan hanya berbekalkan bag berisi kapur.
Dalam masa sama, lelaki berkenaan sudah berjaya memanjat sehingga hampir separuh ketinggian menara itu.
Kejadian itu mengejutkan netizen serta penonton yang hadir ke kawasan tersebut bagi meraikan majlis penutupan sukan temasya terbesar antarabangsa pada ketika itu.
“Dia berada dalam permainan ‘Olimpik’ dia sendiri…,” komen thelagosguyy.
“Saya pun tidak mengetahui hari itu adalah hari penutupan Olimpik, sedangkan hari pembukaan tempoh hari pun jadi kontroversi,” kata Melanippe.
“Adakah dia gila? Dia jadi gila sebab takutkan semua perkara,” perli Sylvia.
Sementara itu, video lain menunjukkan lelaki berkenaan dibawa pergi oleh polis Perancis dengan tangan bergari sambil diperhatikan pelancong.
Pejabat Pendakwa Raya Paris mengesahkan lelaki itu adalah warga Britain dan dia didakwa kerana membahayakan orang lain dan menceroboh tapak bersejarah dan budaya. — KL Viral
Baca juga: