Oleh: Haikal Tajuddin
SELAIN daripada isu kemalangan, jalan raya juga turut terkenal dengan kes pembulian diantara kenderaan sehingga mengundang kepada pergaduhan yang melampau seperti mana yang berlaku di jalan Puchong, baru-baru ini.
Teruskan MembacaMenerusi video tular berdurasi 1 minit 26 saat di aplikasi X, terdapat individu wanita berbangsa Cina, dipercayai membawa kereta dengan menghalang kenderaan dibelakangnya untuk memotong.
Video tersebut memaparkan wanita yang berketerampilan lelaki itu kelihatan berang dan bermain pedal brek ketika sedang memandu.
Dikatakan, kereta yang diganggu itu dipaksa untuk memberhentikan kenderaan di bahu jalan kemudian, dipukul dibahagian kepala pemandu lalu menumbuk bonet kereta tersebut.
Perkara itu menimbulkan kecaman hebat menerusi aplikasi X terhadap wanita berketerampilan lelaki yang dianggap berlebih-lebihan.
“Pengk*d panas baran takde kerja lain ke? Ingan jalan tu mak bapak dia punya kot. Kalau ye pun nak tunjuk gengster, cuba jadi manusia dulu sebelum rosakkan kereta orang. Kepala otak letak mana entah,” komen linkham116.
“Ni kalau kena penampar sekali dua, terus menangis lepastu claim women abuse,” komen ahchat_5991.
Terdapat juga individu yang tag pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan kepada pihak berkenaan.
“@PDRMsia_Trafik @PDRMsia @JPJ_Malaysia, tolong ajar adab kepada makcik ini. Bagi dia makan nasi bungkus 7 hari. Lemak dah banyak kat kepala,” komen mafiadhilon.
Baca juga: