PELAKON yang sedang meningakat naik, Amir Ahraf memohon maaf atas lakonan babak panas yang lakonannya dengan Anna Jobling dalam drama rantaian Syurga Itu Bukan Mudah.
Kata Amir atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Ahnaf Mohd. Khairudin, 23, sebagai pelakon baharu banyak perkara yang perlu dipelajari dan dia berterima kasih atas teguran tersebut selain menyifatkan perkara itu berpunca daripada kesilapannya sendiri.
Teruskan Membaca“Saya mohon maaf atas kekhilafan saya dan akan memperbaikinya pada naskhah yang akan datang.
“Sebagai pelakon baharu saya bertanggungjawab untuk mempromosikan sesebuah naskhah itu. Saya akan memperbaiki lagi dan sebaiknya tidak akan lagi mengulangi perkara sama di masa hadapan,” katanya kepada KL Viral ketika ditemui dalam majlis tayangan filem Pendeka Awang: Darah Indera Gajah pada Selasa.
Pelakon terkenal drama Projek High Council itu memberi reaksi demikian ketika mengulas tentang babak adegan panas sehingga menimbul rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.
Dalam pada itu, Amir turut menafikan wujud hubungan asrama antaranya dengan gandingan drama itu, Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23.
Katanya, hubungan mereka cukup sekadar rakan sekerja dan tidak lebih daripada itu.
“Saya mengagumi bakat lakonan Anna kerana banyak karya penglibatannya berjaya. Jadi saya fikir ini peluang terbaik untuk bergandingan dan belejar mengenai lakonan, kerana saya dapat tahu dia ada ambil kelas lakonan,” katanya.
Untuk info, Amir merupakan salah seorang pelakon membintangi filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah yang bakal ditayangkan pada 11 Januari depan.— KL VIRAL
Baca juga: