BARU-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok dengan nama pengguna @dkremy, memaparkan seorang wanita sedang melakukan satu aksi di luar jangkaan iaitu seterika duit-duit kertas bernilai RM20 miliknya.
Menerusi video yang dikongsi, kelihatan wanita yang dikenali sebagai DK merendam duit kertas ke dalam air terlebih dahulu sebelum seterika wang berkenaan di atas sebuah papan.
Teruskan MembacaDK bertindak sedemikian kerana dikatakan sukar menukar duit raya baru di bank dan dia hanya menggunakan duit sedia ada untuk menghilangkan kedutan agar ia kelihatan seperti wang baru.
“Gara-gara susah nak tukar duit baru, so aku seterika je lah duit supaya ia keras dan tak nampak kedut, Maka dengan ini on dan raya aku tahun ini,” katanya menerusi hantaran di laman TikTok miliknya.
Tambah DK di ruangan komen, dia telah melakukan perkara sama sejak berada dalam zaman bujang lagi semata-mata untuk mendapatkan duit yang tidak berkedut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan aksi bersahaja dilakukan oleh wanita tersebut dalam mendapatkan duit yang cantik.
“Nak lagi berkilat sapu Planta (atas duit) lepas tu iron, memang terbaik,” ujar seorang pengguna di TikTok @frswhb.
Sementara itu, ramai juga warganet yang memberikan peringatan kepada individu lain agar tidak seterika duit bernilai RM1 atau RM5 kerana ia boleh kecut.
“Saya cuba iron duit RM1, kecil kecut jadinya. Nasib baik bukan RM10,” kata seorang pengguna di TikTok @Ira Rara Nadzirah.
Malah, ramai juga menitipkan pesanan agar DK melapik wang tersebut sebelum diseterika kerana ia diyakini lebih selamat.
“Nak iron, letak kain atas (duit). Jangan terus tekap macam itu. Pesanan dari saya yang jenuh iron duit ketika banjir (sebab) bilik kebal bank masuk air tinggi paras pinggang dulu,” kata seorang pengguna di TikTok @IbuEisya.
Setakat itu, perkongsian wanita tersebut telah mencuit hati orang ramai dengan meraih jumlah tontonan sebanyak 2.5 juta. — KL Viral
Baca juga: