Oleh: Haikal Tajuddin
SUSULAN daripada kes penceraian pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin baru-baru ini, Fazura mengeluarkan hasrat untuk meneruskan kes perceraian bersama, Fattah Amin dan menganggap tindakan tersebut sebagai langkah untuk memartabatkan maruahnya disamping menjaga kesejahteraan anaknya, Fatima.
Teruskan MembacaMenerusi kenyataan yang dikongsikan oleh Fazura atau lebih mesra dipanggil Faz, 41, di akaun Instagram miliknya, mengharapkan semua pihak untuk terus berdoa supaya proses penceraiannya berjalan lancar.
“Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat serta bunga dan tanda hati kepada Faz sejak lebih seminggu lalu.
“Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz.
“Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar,” katanya.
Namun, pada Khamis Fazura dipercayai memuat naik video berdurasi 20 saat dengan dengan memaparkan situasi pasangan kekasih yang sedang berpelukan dengan memasukkan lagu daripada Sharon Yang bertajuk, Disaat Sendiri.
Video tersebut kini telah mendapat perhatian ramai dan kebanyakkannya memberi sokongan kepada Fazura untuk terus kuat menghadapi situasi itu.
“Ya Allah semoga hati Miss Fazura lembut tengok muka Fatima lain bila bercerai kalau hubungan anaknya dengan bapa. Terus kuat Fazura, tolong maafkan dia dan beri peluang,” doa fmeilow.
“Kenapa ni Faz. Jangan macam ini. Aku tak bolehlah tengok orang sedih macam ini,” komen Faizalabdulhalim_.
“Tenangkan dirimu. Ambil masa untuk menilai semua ini,” kata mamatheeya_.
Pada 13 September lalu, Fazura dikatakan memfailkan penceraian terhadap suaminya, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor.
Sebagai rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sehingga mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini sudah berusia tiga tahun. — KL Viral
Baca juga: