Oleh: Haikal Tajuddin
TULAR di media sosial berkenaan kaedah tidur enam saat yang dipercayai mampu merawat masalah tidur.
Teruskan MembacaSejajar dengan perkara tersebut, rata-rata daripada mereka yang melakukan kaedah tidur 6 saat ini dijadikan bahan jenaka kerana menimbulkan pelbagai reaksi seperti bunyi dengus yang seakan-akan mereka sedang dirasuk.
Sebaik sahaja disedarkan, mereka terus memaparkan perasaan lega dan tersenyum dengan ceria.
Difahamkan, mereka seperti baharu sahaja bangun dari tidur yang lama, namun sebaliknya tempoh tidur itu hanyalah sekitar enam saat sahaja.
Perkara itu turut menjadi perhatian ramai sehingga dibanjiri dengan pelbagai komen yang menghiburkan daripada netizen menerusi aplikasi X.
“Untung mereka, dapat pijak bulan. Member aku tarik bulan sampai sekarang tak dapat-dapat,” komen Abangkai.
“Aku dulu pernah main benda macam ni kat sekolah. Sekat saluran pernafasan dekat leher, pastu pengsan sekejap dalam masa 30 saat. Tetapi, pernah ada satu kes, tiba-tiba ada budak yang saka diambil alih. Terus jadi ‘party‘ dekat hostel,” balas Hilmi.
“Kalau buat ini sampai hilang ingatan lalu bolehkah,” soal n_iz. — KL Viral