BARU-baru ini timbul satu isu yang menyatakan jurugambar bebas di sekitar KLCC mengenakan caj sebanyak RM50 untuk servis menangkap gambar di sana.
Namun, salah seorang daripada jurugambar tersebut menjelaskan sekeping gambar yang ditangkap akan dikenakan caj sebanyak RM10 dan pelanggan tersebut telah menangkap gambar sebanyak lima keping maka dia telah dicaj sebanyak RM50.
Teruskan MembacaNamun hakikatnya, kawasan tersebut merupakan kawasan awam dan pengunjung boleh menangkap gambar mereka sendiri dengan peranti masing-masing tanpa menggunakan khidmat jurugambar bebas tersebut.
Bagaimanapun, sekumpulan jurugambar tersebut dilihat sering memberi amaran kepada pengunjung yang menyatakan bahawa kamera persendirian tidak boleh digunakan di sini, maka hanya perlu menggunakan khidmat mereka untuk mendapatkan beberapa keping gambar sebagai memori.
“Sekarang ni mereka (jurugambar bebas) adea lesen ke tidak? Ade permit ke tidak? Kalau takde, sila berambus,” komen Bocahalbana.
Komen daripada warganet tersebut mencerminkan bahawa jurugambar bebas di kawasan tersebut beroperasi secara haram di sana, maka mereka tidak sepatutnya mengganggu pengunjung yang hadir untuk menangkap gambar tanpa menggunakan khidmat mereka.
Isu tersebut turut mencetuskan persoalan tentang hak dan kebebasan pengunjung di kawasan awam.
Sekiranya benar jurugambar bebas tersebut beroperasi tanpa permit, pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan sewajarnya. Pengunjung juga disarankan untuk lebih berhati-hati dan mengetahui hak mereka agar tidak terpedaya dengan caj yang tidak wajar. — KL Viral
Baca juga: