KURANG daripada seminggu pempengaruh terkenal, IShowSpeed atau lebih mesra disapa Speed meninggalkan Malaysia, kini dia kembali semula untuk melawat negeri Johor pula.
Setelah menamatkan jelajahnya di Singapura baru-baru ini, Speed kembali ke dalam negara dan tiba di negeri Johor untuk bertemu dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Teruskan MembacaMengenakan jersi pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Speed kemudiannya bertemu dengan Tunku Ismail di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.
Tunku Ismail juga sempat menghubungi anak baginda yang teruja untuk melihat Speed menerusi panggilan video.
Speed yang berada di Singapura melakukan kejutan apabila menaiki kenderaan sekitar 30 minit dan datang ke Stadium Sultan Ibrahim bagi menyaksikan perlawanan bola sepak.
Pada masa itu, JDT sedang beraksi menentang Kelantan Darul Naim sekaligus memberikan peluang buat Speed menyaksikan perlawanan tersebut.
Sebelum berada di Johor, Speed sempat menjelajah ke Singapura dan Indonesia selepas ke ibu negara baru-baru ini.
Sebelum ke Malaysia minggu lalu, Speed juga melawat Thailand, Filipina Kemboja dan Vietnam sebagai sebahagian daripada jelajah 10 hari di sekitar Asia Tenggara.
Sambil menjelajah Asia Tenggara, dia turut melakukan siaran langsung di laman sosial miliknya dengan menamakan strim tersebut sebagai IRL (In Real Life).
Speed, atau nama sebenarnya Darren Jason Watkins Jr, terkenal dengan keperibadian keras dan reaksi dramatiknya dan juga merupakan peminat pemain bola sepak, Cristiano Ronaldo.
Pempengaruh berusia 19 tahun yang berasal dari Amerika Syarikat tersebut mempunyai kira-kira 60 juta pengikut di semua laman sosial miliknya.— KL Viral
Baca juga: