Setelah sekian lama menyepi, pelakon dan pengarah filem, Syamsul Yusof berkongsi aktiviti hariannya dengan memuat naik video ketika berada di sebuah dusun durian.
Video tersebut dimuat naik di platform TikTok, menunjukkan Syamsul melawat dusun yang dipercayai miliknya, memaparkan hasil tanaman seperti pokok durian, pisang dan cili.
Teruskan MembacaPerkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
Ramai yang memuji usaha Syamsul dalam bidang pertanian, menunjukkan beliau tidak hanya bergantung kepada hasil karya seni semata-mata.
Namun begitu, di sebalik pujian tersebut, terdapat juga komen daripada warganet yang menasihati Syamsul supaya pulang menziarahi ibu bapanya, terutamanya kerana mereka kini sudah tua.
Nasihat tersebut datang dari keprihatinan netizen yang mengambil berat tentang hubungan keluarga dan pentingnya menghargai ibu bapa ketika mereka masih ada.
“Boleh tenang hidup dia tak jenguk mak ayah?” soal Atiqwan.
“Patutlah ayah marah, tak nak buat filem macam ayah, nak buat musang king. Sol oh sol,” sindir Fykarahim.
“Balik kebun jangan lupa melawat ayah bonda ya,” kata DubaiHati80.
Syamsul merupakan anak kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam yang merupakan seorang figura penting dalam industri filem Malaysia, dengan banyak sumbangan yang telah mengangkat industri perfileman ke tahap yang lebih tinggi.
Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti, Syamsul diharapkan dapat mengambil kira nasihat tersebut dan terus menjaga hubungan baik dengan keluarga.
Sebagai seorang figura yang dikenali ramai, tindakannya dalam menghargai ibu bapa boleh menjadi contoh teladan kepada masyarakat umum, menunjukkan bahawa walau setinggi mana pun kejayaan yang dicapai, keluarga tetap yang utama. — KL Viral.
Baca juga: