DUIT kertas Malaysia dipuji seorang lelaki dari negara Eropah yang menyatakan wang Ringgit negara sangat cantik dan berwarna-warni.
Video tersebut tular di aplikasi X dan mendapat perhatian warga net terutamanya netizen Malaysia.
Teruskan MembacaBerdasarkan video itu, Mat Saleh itu memuji konsep rekaan dan corak yang diguna pakai dalam penghasilan duit kertas Malaysia.
“Tak macam di Amerika yang warna duit kertasnya semua sama, tapi untuk di Malaysia warnanya berbeza-beza dan sangat unik.
“Duit kertas Malaysia untuk setiap nilai seperti RM50, RM20, RM10, RM5 dan RM1, masing-masing mempunyai rekaan yang sangat kreatif,” katanya.
Video ini serta-merta mendapat perhatian netizen Malaysia, menerima lebih 165,000 tontonan dengan dua ratus komen memuji dan menjelaskan beberapa perkara mengenai perkara yang ditanya oleh warga asing itu dalam video tersebut.
“Ya, berbanding mata wang negara lain, wang kita memang cantik. Ia berkilat, licin dan mempunyai beberapa bahagian yang lutsinar. Cantik kan?,” kata twtbiy.
“The figure on Malaysian Ringgit is Tuanku Abdul Rahman, our first Yang di-Pertuan Agong (King of Malaysia),” kata kohadanoah.
“Saya tidak pasti sama ada anda menyedari perkara ini, tetapi bil Ringgit Malaysia mempunyai huruf braille untuk orang buta di satu sudut, sebagai tambahan kepada nombor yang anda boleh rasa dengan jari anda untuk mengenali nilai bil daripada bergantung semata-mata pada saiznya,” jelas aisarrosley.
Baca juga: