BUAT pertama kali dalam sejarah bola sepak Malaysia apabila teknologi video bantuan pengadil (VAR) telah digunakan dalam saingan peringkat domestik di negara ini.
Dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras, yang disiarkan secara langsung di Astro Arena Bola saluran 803 pada Isnin, teknologi berkenaan digunakan buat julung kalinya pada minit ke-18.
Teruskan MembacaIa untuk menyemak situasi di dalam kawasan penalti Negeri Sembilan apabila bola kelihatan terkena tangan pemain skuad Jang itu.
Namun, selepas semakan VAR, pengadil, Zamzaidi Katimin, memilih untuk sekadar memberikan sepakan penjuru.
VAR sekali lagi digunakan pada minit ke-35 dan kali ini, Zamzaidi melakukan semakan di monitor tepi padang dan memberikan penalti kepada KL City, termasuk kad kuning buat pemain Negeri Sembilan, Che Rashid Che Halim.
Sementara itu, ketua jurulatih KL City Miroslav Kuljanac pula berkongsi pandangan bahawa pengunaan VAR dalam negara ini penting dan memerlukan masa untuk benar-benar sempurna.
Beliau mengakui, setiap liga di seluruh dunia yang mengunakan bantuan pengadil itu perlukan masa untuk memastikan sistem tersebut sempurna untuk diguna pakai.
“Di Croatia, saya sudah terlibat dengan VAR dan kelewatan untuk mengetahui keputusan itu normal.
“Sistem VAR ini hanya memerlukan masa lagi,” ujarnya.
Baca juga: