PASUKAN Kuala Lumpur City (KL City) mempamerkan aksi bertenaga apabila menjulang trofi pramusim, Piala Menteri Wilayah dengan menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-1 pada Isnin.
Pada aksi di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, skuad Warga Kota kendalian Miroslav Kujanac membariskan kesebelasan terbaik dengan kehadiran pemain-pemain utama seperti Brendan Gan, Paulo Josue, Declan Lambert dan Ryan Lambert.
Teruskan MembacaKL CIty berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-23 hasil jaringan pemain sensasi, Zhafri Yahya.
Sistem video bantuan pengadil (VAR) akhirnya digunakan buat kali pertama dengan keputusan memihak kepada KL City apabila pengadil, Mohd. Zamzaidi Katimin menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-37.
Kesempatan tersebut digunakan sepenuhnya oleh Josue untuk melebarkan kelebihan pasukan bagi menewaskan penjaga gol Hobin Jang Hobin, Syahmi Adib Haikal.
Tersentak dengan jaringan gol tersebut, NSFC memperkemaskan serangan dan berjaya merapatkan kedudukan menerusi ledekan N. Javabilaarivin pada minit ke-41.
Bersambung pada babak kedua, KL City menerima nasib malang apabila Brendan menjadi pemain pertama dilayangkan kad merah selepas penelitian VAR apabila melakukan terjahan ke atas A. Selvan pada minit ke-79.
Meskipun beraksi dengan 10 pemain, NSFC yang dikendalikan oleh Azzmi Aziz gagal mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti dengan keputusan 2-1 kekal sehingga tamat. — KL Viral
Baca juga: