KEUNIKAN jelas yang dipamerkan ketika umur mencecah 14 tahun, nama yang berjaya menggemparkan dunia dalam sukan gimnastik iaitu Nadia Comaneci, apabila berjaya mencatat rekod pertama dalam sejarah kerana meraih markah keseluruhan dalam sukan tersebut.
Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Elena Comaneci yang mewakili Romania dalam sukan Olimpik pada tahun 1976 itu buat pertama kalinya mencatatkan mata penuh 10 pada disiplin bar tidak rata (uneven bar).
Teruskan MembacaDifahamkan, pada ketika itu papan skor hanya terhad kepada tiga digit maka, ia hanya mampu memaparkan markahnya sebagai 1.00.
Perkara tersebut bagaimanapun menimbulkan sedikit kekeliruan buat penonton yang hadir selepas melihat persembahan yang cukup sempurna.
Malah, Comaneci sendiri tidak pasti apa maksud disebalik paparan markah tersebut sehingga juruhebah memaklumkan kepada orang ramai bahawa dia sebenarnya telah mendapatkan markah 10 yang sempurna.
Sementara itu, Omega selaku penaja rasmi bagi Sukan Olimpik di Montreal pada 1976 pernah bertanya kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa berkenaan digit yang dibenarkan dalam papan skor elektronik.
Katanya, tiga digit sudah mencukup kerana markah penuh 10.00 adalah mustahil untuk dicapai mana-mana atlet namun, Comaneci telah membuktikannya ia tidak mustahil.
Untuk info, Comaneci telah berjaya mencatat markah penuh itu sebanyak tujuh kali dalam kejohanan Olimpik pada tahun 1976.
Selain itu, dia juga pernah dinobatkan sebagai Atlet Tahun Ini (Athlete of The Year) ketika berumur 13 tahun.
Baca juga: